Saturday, November 13, 2010

14 NOV 2010



Manfaat Kematian & Keilatan Kekal Akibat Kemalangan ( MKKAK )
Melalui rider ini, Peserta / Orang yang dilindungi bukan sahaja dibayar manfaat perlindungan daripada pelan asas, malahan akan mendapat manfaat tambahan berdasarkan jumlah manfaat yang dipilih melalui MKKAK ini. Peserta boleh memilih jumlah manfaat minimum sebanyak RM10,000.00 ( sehingga maksimum 5 kali ganda daripada jumlah pelan asas )
Definisi kecederaan
Bermaksud kevederaan tubuh disebabkan secara lansung oleh kemalangan
Definisi keilatan kekal dan menyeluruh
  1. Tidak berupya, memperoleh sebarang upah atau gaji melalui pekerjaan, tugasan atau kemahiran, dengan
  2. Syarat keilatan itu berlanjuutan tidak kurang dari tempoh (6) bulan secara berterusan ataupun.
  • hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata; atau
  • hilang / putus kedua belah tangan pada / ayas pergelangan tangan; atau
  • hilang / putus kedua belah kaki pada / atas buku lali; atau
  • hilang / putus satu tangan pada / atas pergelangan tangan dan hilang / putus satu kaki pad / atas buku lali; atau
  • kehilangan pernglihatan untuk sebelah mata yang tidak boleh dipulihkan dan hilang / putus keseluruhan lengan / pada / atas pergelangan tangan atau buku lali
Untuk juvana, hanya ( 2 ) sahaja terpakai
Skop perlindungan
Perlindungan keilatan kekal dan menyeluruh atau kematain akibat kemalangan sahaja.
Tempoh penyertaan
Secara tahunan dengan opsyen pembaharuan atas persetujuan kedua dua belah pihak dn tidak boleh melebihi tempoh pelan asas atau had tempoh rider ini ( mana yang terdahulu )

Tempoh dan lat sumbangan
Kekerapan bayaran dan tempoh dalah mengikut pelan asas atau hingga peserta berumur 65 tahun ( mana yang terdahulu )

Penamatan kontrak
Kontrak ini akan ditamatkan secara automatik sekiranya;
  1. Sebarang sumbangan untuk kontrak tambahan dan / atau kontrak asas tidak dijelaskan pada penghujung tempoh tenggangl; atau
  2. Kontrak asas itu matang, diserahkan atau tamat; atau
  3. Apabila peserta / orang yang dilindungi mencapai umut 65 tahun; atau
  4. Selepas pembayran baki 60% daripada jumlah perlindungan MKKAK disebabkan keilatan kekal dan menyeluruh, atau
  5. Apabila pembayaran manfaat kematian atau keilatan kekal; dan menyeluruh dilunaskan.

Definisi


Dalam bahasa Arab, kata dasar bagi perkataan ‘Takaful’ ialah ‘Kafala’ yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana ‘Takaful’ merupakan katanama yang berasal daripada kata kerja ‘Takafala’ maka ianya juga bererti ‘Salin menjamin, menjaga atau memeilhara’
 “Takaful” ertinya satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta peserta jika diperlukan dimana peserta peserta sama sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.
Takaful mempunyai tujuan yang sama dengan insurans konvensional dimana kedua duanya merupakan instrumen untuk mebantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah

Thursday, November 11, 2010

Berapa Nilai Perlindungan Takaful Anda

Berapa Nilai Perlindungan Takaful Anda?


"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta…"
(Hadis Riwayat Bukhari)


Kini Takaful (atau Islamic Insurance) telah menjadi suatu keperluan.
Sekiranya anda ingin mempunyai skim perlindungan takaful, barangkali anda bole menggunakan pengiraan di bawah sebagai SALAH SATU CARA PENGIRAAN.
Hanya 3 langkah mudah sahaja untuk anda pelajari.
Khususnya untuk anda yang merupakan seorang suami dan seterusnya sebagai ketua keluarga dan ‘breadwinner’ dalam kebanyakan situasi.

Langkah 1
Berapakah pendapatan bulanan anda ?
atau, berapakah jumlah perbelanjaan bulanan anda ?
(Pilih salah satu, kalau anda sayang sangat dengan isteri anda, ambik jumlah yang tertinggi. hehe )
Untuk tujuan perbincangan, saya letak RM 3,000.

Langkah 2
Darabkan jumlah pendapatan / perbelanjaan dengan 12 (bulan)
Ia dibuat untuk mengetahui pendapatan / perbelanjaan tahunan anda.
RM 3,000 x 12 = RM 36,000.

Langkah 3
Darabkan hasil pengiraan langkah 2 dengan 8.
RM 36,000 x 8 = RM 288,000
Maka jumlah perlindungan yang perlu anda ambil adalah RM 288,000 (MINIMA)

*Ini untuk perlindungan asas melibatkan kematian atau keilatan (lumpuh) kekal.
Kenapa dikira pendapatan / perbelanjaan tahunan ? Tidak bulanan misalnya.
Sebagai waris si mati, kita wajar menguruskan urusan dunia yang masih ada secepat mungkin. Selesaikan hutangnya. Selesaikan wasiat. Selesaikan pembahagian harta. Tetapi selalunya urusan ini tidak selesai dalam tempoh sehari, malah setahun pun belum tentu.
Dan kita juga perlu memberi ruang kepada keluarga si mati, khususnya si isteri, paling kurang tempoh 1 tahun untuk menguruskan perkara-perkara di atas. Dan dalam tempoh ini juga, si isteri dan anak-anak si mati perlu terus makan dan mempunyai tempat tinggal.

Berdasarkan firman Allah swt:
Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(al-Baqarah: 240)


Jadi, sekiranya rumah yang diduduki oleh si isteri itu, ada hak orang lain misalnya, tidak wajar si isteri itu tadi dihalau keluar terus dari rumah tersebut.
Malah, sekiranya si isteri betul-betul bergantung dengan pendapatan suami semata-mata, berilah dia tempoh 12 bulan untuk membina semula kehidupan baru seperti mencari kerja semula dan sebagainya.

Jadi dalam tempoh 12 bulan itu tadi, isteri anda tak perlu lah terbeban dengan kesedihan dan kepayahan mencari perbelanjaan bulan-bulan kerana anda telah pun menyediakan keperluan minima untuk tempoh tersebut.

Lagi baik lagi, kalau anda ada membeli insurans isi rumah (householder insurance / MRTA) yang membolehkan rumah yang dibeli oleh anda itu terus didiami oleh isteri anda dan anak-anak anda sekiranya ditakdirkan selepas habis 12 bulan itu, isteri anda gagal mendapat pekerjaan untuk meneruskan kehidupan mereka.

Hilang kereta ramai daripada kita boleh bertenang lagi, tetapi kalau hilang tempat berteduh ?
Kenapa pendapatan / perbelanjaan tahunan anda perlu didarabkan dengan 8 ?
Dalam Islam, mengikut hukum faraid, sekiranya si suami meninggal dunia dan meninggalkan isteri dan mempunyai anak, maka si isteri berhak mendapat 1/8 dari jumlah harta pusaka suami.

Ia berdasarkan firman Allah swt:
Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu
(An-Nisa : 12)


Maka 1/8 dari RM 288,000 bersamaan dengan RM 36,000 yang bersamaan dengan pendapatan / perbelanjaan anda selama setahun.

Nota Penting
Ini bukanlah satu-satunya cara untuk mengira jumlah perlindungan takaful / insurans anda. Setiap orang mempunyai keperluan dan situasi yang berbeza-beza. Pelan Takaful boleh diolah mengikut keperluan setiap individu secara khas dan ia melibatkan manfaat perlindungan yang amat luas

Tuesday, November 9, 2010

09/11/2010

Lima pertimbangan nak pilih pelan takaful

1. Pastikan ada manfaat kad perubatan

Paling utama ialah pembiayaan kos perubatan – hospital, bedah, specialist dan rawatan berterusan. Dalam scenario kos perubatan yang makin meningkat di Malaysia, pastikan anda memilih pelan minima RM50,000 setahun dan RM500,000 had seumur hidup.

* Fokus perlindungan kat sakit jantung, cancer, darah tinggi dan kemalangan jalan raya – 4 sebab utama kematian di Malaysia.

2. Lindungi diri dan pasangan untuk kebajikan keluarga

Kedua, rancang untuk hadapi risiko anda kehilangan pendapatan (tidak mampu bekerja) dan memerlukan dana sara hidup yang berterusan.

Hutang rumah: Pastikan rumah habis dibayar dengan MRTT atau satu pelan takaful keluarga yang khusus.

Saraan harian: Masuk pelan takaful keluarga yang melindungi beban kewangan sekiranya anda ditimpa penyakit kritikal (Critical Illness) atau keilatan kekal (Total Permanent Disability).

Jumlah perlindungan boleh dikira dengan formula

= Wang belanja sebulan x 12 x Jumlah tahun yang diperlukan

3. Lindungi kebajikan anak-anak

Sekiranya anda mempunyai anak-anak, anda pasti mahu mereka mempunyai dana pendidikan dan saraan hidup yang mencukupi sekiranya anda atau pasangan tiada atau ditimpa musibah.

Rancang jumlah dana simpanan pendidikan yang mereka perlukan (e.g. RM50,000). Kemudian, tambah perlindungan penyakit kritikal dan keilatan kekal untuk tujuan dana tambahan atau wang belanja.

Sekarang dengan pelan takaful 3 dalam 1 (kad perubatan, life dan simpanan) anda cuma perlu imbangi elemen perlindungan dan simpanan ikut keperluan dan kemampuan.

4. Yang perlu kemudian yang mampu

Produk-produk takaful sekarang menawarkan manfaat-manfaat tambahan (dikenali sebagai Rider) dan elemen pelaburan dana amanah (investment).

RIDER:

Fahami fungsi-fungsi rider-rider ini dan apa sumbangan dalam portfolio perlindungan anda. Sekiranya bajet terhad, pilih rider yang perlu dahulu. Apabila gaji atau pendapatan meningkat kelak, anda boleh tambah atau masuk pelan takaful yang baru.

Antara rider-rider ( banyak rider lain yang tidak disenaraikan atau nama berbeza) ialah:-

* Manfaat pembayar – sekiranya apa-apa terjadi kepada pembayar (contohnya anda sakit), sumbangan bulanan akan dibayar oleh tabungan takaful peserta.

* Manfaat peserta: untuk pelan anak-anak, kalau mereka sakit, anda tidak perlu sambung bayar. Sumbangan bulanan akan dibayar oleh tabungan takaful peserta.

* Manfaat keilatan kekal/kemalangan: bagi wang tambahan sekiranya anda mengalami musibah-musibah yang tersebut. Anda juga boleh masuk pelan takaful berkelompok yang lain seperti Takaful Mutiara Plus (Bank Persatuan).

* Manfaat kemalangan: kebanyak rider ini beri dana yang minimum. Mungkin lebih balik jika anda ambil satu pelan takaful Personal Accident yang berasingan.

* Manfaat hospital – anda akan menerima elaun sekiranya anda masuk ke hospital kerana kemalangan atau sakit.

* Manfaat penyakit kritikal – sekiranya anda menghidapi salah-satu dari penyakit kritikal (36 atau 40 jenis ikut definisi syarikat takaful), anda berhak mendapat wang tambahan. Selalunya, rider ini ada 180 hari tempoh pengecualian.

PELABURAN:

Anda juga boleh memilih antara tiga jenis dana amanah yang ditawarkan- bon, seimbang dan ekuiti. Majoriti agen akan cadangkan dana seimbang sebagai pilihan yang berisiko sederhana, seperti Takafulink Dana Urus.

Pelaburan minima ialah RM10 sebulan. Tapi, perlu pertimbangan kerana pulangan pelaburan melalui takaful selalunya rendah (4%) dan tiada aktif monitoring dari majoriti agen yang hanya focus untuk menjual pelan takaful.

5. Aktif

Akhir sekali, walau apa pelan yang anda pilih dan sertai, pastikan anda mampu bayar sumbangan bulanan dan tidak ‘lapse’. Lebih baik anda mula dengan RM100 dan mampu terus bayar, daripada anda masuk pelan RM500 tapi anda terpaksa berhenti bayar kerana apa jua sebab.

Pelan sebaik manapun tidak berguna kalau anda gagal membayar kerana perlindungan akan diberhentikan.

Setiap tahun anda juga boleh tuntut sehingga RM6000 (RM500 sebulan) untuk bayaran takaful dari bayaran cukai self-assessment LHDN.

Jadi, pertimbangkan – sertailah takaful.

Mulakan dari sekarang walaupun sikit.

Ingat pesanan orang-orang tua – sikit-sikit, lama-lama jadi bukit

NAZIR LODIN
PERUNDING TAKAFUL
ETIQA TAKAFUL
0162254221
nazri_332@yahoo.com

Sunday, November 7, 2010

Perunding Takaful
ETIQA TAKAFUL
NAZIR LODIN 0162254221
nazri_332@yahoo.com




SIMPANLAH DI ETIQA KERANA SELAIN SIMPANAN, ANDA JUGA AKAN DAPAT MENIKMATI PERLINDUNGAN INSURAN UNTUK DIRI ANDA.

KAMI MEMPUNYAI PELBAGAI PRODUK YANG AKAN DAPAT MEMENUHI KEHENDAK DAN KEPERLUAN ANDA.PRODUK TERSEBUT ADALAH ETIQA MESRA, ETIQA PRIMA, ETIQA SARJANA DAN WARISAN.

ANTARA PRODUK YANG LARIS ADALAH ETIQA SARJANA KERANA IA DAPAT MELINDUNGI WARIS DAN JUGA ANAK SEKALIGUS.PRODUK INI ADALAH SATU SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN UNTUK ANAK-ANAK.IA AKAN MENJADI BERNILAI APABILA TIBA MASA APABILA PESERTA MENGHADAPI MASALAH KEWANGAN UNTUK ANAK-ANAK MELANJUTKAN PELAJARAN KELAK.

BAGI MEREKA YANG INGINKAN PELABURAN JANGKA PENDEK DALAM INSURAN.KAMI MENAWARKAN ETIQA PRIMA KERANA SETIAP 3 TAHUN, PESERTA AKAN MENDAPAT LONJAKAN KEWANGAN BERDASARKAN PELABURAN YANG DIJALANKAN.

BAGI KAKITANGAN KERAJAAN, SAYA MENCADANGKAN SUPAYA ANDA MENYIMPAN DENGAN PRODUK ETIQA WARISAN KERANA ANDA HANYA PERLU MENYIMPAN SEHINGGA UMUR 55, 60 @ 65 TAHUN SAHAJA DAN SELEPAS ITU ANDA AKAN MEMPEROLEHI SEJUMLAH SIMPANAN ANDA MALAH PERLINDUNGAN AKAN BERTERUSAN SEHINGGA UMUR 88 TAHUN SECARA PERCUMA SAHAJA.

SIMPANLAH DI ETIQA BAGI MENGELAKKAN HUTANG BERTAMBAH.MENYIMPAN LEBIH BAIK DARI MENUNGGU MASALAH KEWANGAN DATANG MENYAPA DAN SAYANGILAH KELUARGA ANDA.

SILA HUBUNGI SAYA JIKA INGIN MENDAPATKAN KHIDMAT NASIHAT SECARA PERCUMA DI

. Pelan eTiQa Takaful MESRA

Berikut adalah contoh manfaat bagi bagi tempoh 25 tahun Umur: 28 Tahun, Jantina: LELAKI Sumbangan Bulanan: RM150 sebulan
Bawah ni penerangan pelan:

Manfaat khairat kematian hilang upaya kekal = RM 91,182.00

Jumlah simpanan selepas 25 tahun = RM 54,004.00
(Berdasarkan kadar mudharabah 5.5% setahun. Kadar ini akan meningkat berubah setiap tahun.)

Manfaat idemniti (kerugian) akibat kemalangan = RM 15, 000.00 depend kepada kecederaan.

Manfaat penyakit kritikal = RM15,000.00 cover 36 penyakit kritikal diberikan setelah ada pengesahan doktor.

Manfaat hospital = RM100.00. Sekiranya masuk hospital, peserta boleh claim sehari RM100. kalo masuk 3 hari dapat RM300.

Perunding Takaful
NAZIR LODIN 0162254221
ETIQA TAKAFUL



2. Pelan eTiQa Takaful SARJANA

Manakala bagi pelan pendidikan ini berkonsep 2 dalam 1
skim perlindungan dan menjamin simpanan pendidikan untuk anak.

Sumbangan : RM140 . Sumbangan Bulanan : RM140 sebulan x 20 tahun

Manfaat untuk anak:

Manfaat khairat kematian | hilang upaya kekal = RM 91, 586.00

Jumlah simpanan selepas 20 tahun = RM 46, 462.00

Bentuk simpanan boleh dikeluarkan awal 3 thn sebelum tarikh matang
Rm 33,000.00

Jika anda ingin menyumbang berjumlah RM100

Sumbangan Bulanan RM100 sebulan X 20 tahun

Manfaat untuk anak:

khairat kematian | hilang upaya kekal = RM 91, 079.00

Jumlah simpanan selepas 20 tahun = RM 27, 885 boleh dikeluarkan awal 3 thn sebelum tarikh matang = RM 20,000.00

Selain tu, sumbangan adalah fleksible jika peserta inginkan manfaat hospital (bukan kos rawatan) untuk anak

Kelebihan yang di tawarkan di dalam pelan eTiQa Sarjana ini :

Manfaat anugerah intelek untuk keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan ini boleh digunakan sebagai motivasi anak-anak anda untuk meningkatkan prestasi pembelajaran mereka. Antara sumbangan hadiah daripada Etiqa ialah :

UPSR 5A =RM 500

PMR 8A =RM 750

iSPM 8A =RM 1000

Manfaat anda sebagai pembayar ialah :

Sekiranya si pembayar (ayah&ibu) meninggal dunia atau hilang upaya kekal, pihak eTiQa Takaful Berhad akan meneruskan sumbangan hingga tempoh matang.

Oleh itu simpanan pendidikan untuk anak tetap terjamin. Bagi pihak penjaga atau anak tidak perlu membayar sumbangan.

Dengan pelan eTiQa Takaful Sarjana ini, simpanan pendidikan untuk anak akan lebih terjamin selain ada perlindungan untuk anak. Selain itu faedah lain menabung di eTiQa Takaful Berhad, sudah dipotong zakat dan di selenggara oleh Majlis Pengawasan Syariah. Selain itu ada jugak pelan simpanan untuk individual.

* pelan di atas adalah untuk umur kanak-kanak 2 tahun. manfaat akan berubah jika umur meningkat tetapi jumlah simpanan untuk 20 tahun adalah sama.


Perunding Takaful
NAZIR LODIN 0162254221
ETIQA TAKAFUL




3. Pelan eTiQa Takaful PRIMA

Pelan ini khusus untuk anda seorang peniaga, business person, atau juga anda seorang yang berkemampuan kerana Etiqa Prima menyediakan peluang untuk anda melabur dan juga memberi perlindungan untuk anda

Ini kerana sumbangan anda selama setiap 3 tahun, anda akan diberikan bonus berkala dan dalam pada masa yang sama anda akan mendapat Protection,Saving dan Dana Pelaburan anda.

Dari bonus berkala tersebut kita boleh melabur semula untuk menggandakan wang kita dengan melabur di mana sektor perbankan yang menawarkan 10%-38% dsb yang sepertimana di ditawarkan oleh Public Mutual, CIMB, AMBANK, ASB, ASW 2020 dll.

Terdapat juga golongan ahli perniagaan atau peniaga kecil menggunakan bonus berkala ini adalah untuk menambahkan modal dalam perniagaan, pembelian aset seperti rumah,kedai, bangunan.

Sekiranya peserta itu membuat pelan Etiqa Prima ini dalam tempoh 30 tahun, so 10 kali peserta tersebut akan dapat bonus berkala.

Dengan Pelan eTiQa Takaful PRIMA anda mendapat Protection,Saving dan Dana Pelaburan anda. Kehidupan yang selesa jika anda bersara kelak.

Perunding Takaful
NAZIR LODIN 0162254221
ETIQA TAKAFUL



4. Pelan eTiQa Takaful WARISAN

Untuk pelan Etiqa Warisan pula, ia berbentuk pelan jika anda bersara wajib kelak ketika umur anda selepas 55 tahun . Pelan ini agak menyerupai KWSP @ EPF. Dalam polisi pelan ini peserta sebagi peserta hanya membayar sumbangan sehingga umur anda mencecah 55 tahun sahaja. Akan tetapi perlindungan ini tadi akan berterusan sehingga umur 88 tahun.

Namun bagi peserta yang yang berumur lewat 50-an, anda perlu membayar sumbangan untuk pelan ini tambahan 5 tahun ke atas. Mungkin sehingga umur 60, 65 tahun.

Yang menariknya bagi saya sebagai orang ejen. Ramai tertarik dengan pelan ini kerana dalam polisi pelan ini, ramai peserta menjadikan ia sebagai dana pencen dengan mengambilnya 10% setiap tahun. Ada juga menjadikan pelan ini sebagai dana pendidikan, perniagaan ataupun untuk menunaikan Umrah dan Haji.

Untuk penyertaan mana - mana pelan eTiQa Takaful Berhad, boleh dikurangkan dalam pembayaran CUKAI PENDAPATAN(LHDN).

Justeru itu akaun simpanan anda boleh dikeluarkan selepas 3 tahun. Pengeluaran dibenarkan 50% pada tahun ketiga dan 80% pada tahun ke empat, boleh mengeluarkan dari jumlah simpanan pada setiap tahun TANPA dikenakan sebarang caj seperti mana insurans konvensional.

Tetapi peserta dinasihatkan supaya terus menyimpan supaya simpanan dihari persaraan makin tinggi. Sekiranya peserta mahu menamatkan polisi ataupun surrender, semua akaun simpanan akan dipulangkan kepada peserta.

Selain pada itu: ETIQA TAKAFUL BERHAD yang dahulunya Takaful Nasional sudah lama di dalam industri takaful adalah syarikat takaful NO 1.

Perunding Takaful
NAZIR LODIN 0162254221
ETIQA TAKAFUL

Saturday, November 6, 2010

PLAN SARJANA

PLAN SARJANA
Kami di Etiqa Takaful sedia memahami keperluan hidup anda, malah turut juga prihatin terhadap masa depan dan kehidupan anak-anak anda. Mereka bukan sekadar menerima pendidikan yang sewajarnya, kami turut pastikan anak-anak anda dilindungi sepenuhnya jika berlaku sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atasnya.

Manfaat Perlindungan
• Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh ke atas pembayar, kesemua sumbangan asas termasuk Rider atas diri anak melainkan tabungan tambahan akan dilunaskan sehingga tarikh matang, anak meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh, yang mana terdahulu.

• Sekiranya berlaku kematian ke atas anak, kontrak ini akan membayar Manfaat Perlindungan berserta Akaun Peserta dan keuntungannya yang terkumpul.

• Sekiranya berlaku keilatan ke atas anak, kontrak ini akan membayar manfaat keilatan seperti di dalam jadual yang ditetapkan.

Manfaat SampinganPendahuluan Dana Pendidikan – Pengeluaran wang daripada Akaun Peserta (AP) dibolehkan 3 tahun sebelum tarikh matang.

Manfaat MatangApabila kontrak ini matang, peserta akan menerima keseluruhan akaun jumlah terkumpul dalam AP termasuk keuntungan dari AP dengan lebihan Akaun Khas Peserta.

Manfaat Perlindungan Komprehensif – Manfaat sampingan perlindungan berikut boleh disertai dengan sumbangan tambahan.

• Rider Bertempoh (Juvana Sahaja)

• Rider Penyakit Kritikal (Pembayar Sahaja)

• Rider Manfaat Hospital (Pembayar dan Juvana)

• Rider Pampasan Kemalangan (Pembayar Sahaja)

• Rider Manfaat Kematian dan Keilatan Akibat Kemalangan (Pembayar dan Juvana)

• Rider Manfaat Pembayar (Pembayar Sahaja)

• Rider Manfaat Pendapatan keluarga (Pembayar Sahaja)

• Tabungan Tambahan

Kelayakan Penyertaan

Had Umur : Sehingga 17 tahun

Tempoh Penyertaan : 5 hingga 24 tahun

Umur Pada Tarikh Matang : 13 hingga 25 tahun

Perlindungan Minima : RM 10,000

Sumbangan Minima : RM 600 setahun (Asas dan Tabungan Tambahan)

Pembahagian Keuntungan / Lebihan
Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Takaful Nasional Sdn Berhad.

Peserta berhak menerima keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan dari Akaun Khas Peserta (Jika ada).

Pengecualian Cukai PendapatanKontrak ini layak menerima pelepasan cukai pendapatan tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.

* Penting
Brosur ini hanya merupakan keterangan ringkas. Untuk mendapatkan bukti-bukti lengkap mengenai syarat dan peraturan, sila rujuk kepada kontrak anda.


Saturday, November 6, 2010
PLAN PRIMA
PLAN PRIMA
Merupakan pelan Takaful keluarga yang menawarkan perlindungan serta simpanan yang dapat memenuhi keperluan semasa peserta. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur antara 6 bulan hingga 54 tahun sahaja.

pelan ini menberi jaminan manfaat perolehan setiap 3 tahun (anggaran 10% dari amaun perlindungan atas andaian pulangan pelaburan sebanyak 4 % keatas akaun peserta).

kadar pulangan yang lebih tinggi atau rendah akan mengubah jumlah jumlah pembayaran ini

peserta yang menyertai pelan ini mendapat manfaat perlindungan bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil walaupun manfaat perolehan sudah di bayar.

MANFAAT KHAS

perolehan setiap 3 tahun (survival)
Jaminan manfaat berjadual setiap tiga tahun, sehingga tamat tempoh plan,10% dari nilai amaun perlindungan dibayar atas andaian pulangan pelaburan sebanyak 4% keatas akaun khas peserta,

kematangan
semasa tamat tempoh kontrak yang disertai.

keilatan kekal menyeluruh (sehingga umur 65 tahun)

kematian
kematian termasuk atas sebab penyakit atau kemalangan

PERATURAN PENGUNDERAITAN

•Had umur penyertaan
•Minimun 6 bulan (tarikh lahir akan datang)
•Maksima 54 tahun (tarikh lahir akan datang)
•Tempoh sijil
•18, 21, 24, 27, dan 30 tahun

•Umur matang maksimum
•84 tahun
•Tempoh sumbangan
•Selaras dengan tempoh sijil
•Amaun sumbangan
•Minimum RM 1200.00 setahun
•Maksima tiada had
•Perlindungan minimum
•RM 10,000
•Lat sumbangan
•Tahunan, setengah tahunan, suku tahunan dan bulanan
PEMBAYARAN MANFAAT

Manfaat Kematian


Manfaat Kematian Akibat Penyakit

jumlah amaun perlindungan tanpa menolak manfaat perolehan yang sudah dibayar beserta jumlah akuan peserta terkumpul dan mudarabah dari akaun peserta.

Manfaat Kematian Akibat Kemalangan


Sama seperti Kematian Biasa

Manfaat Perolehan


Pembayaran berjadual, 10% dari nilai amaun perlindungan di bayar setiap tiga tahun sehingga tamat tempoh pelan, dan baki selebihnya di bayar apabila sijil matang.


Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh

Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat penyakit (Sebelum umur 65 tahun)


Tahun Pertama : 20% dari jumlah amaun perlindungan tanpa menolak manfaat survival yang sudah dibayar. beserta jumlah akaun peserta terkumpul dan mudarabah dari akaun peserta.


Tahun Kedua : 40% dari Amaun Perlindungan
Tahun Ketiga : 40% dari Amaun Perlindungan


Perunding Takaful
NAZIR LODIN 0162254221
ETIQA TAKAFUL

PLAN PRIMA

PLAN PRIMA
Merupakan pelan Takaful keluarga yang menawarkan perlindungan serta simpanan yang dapat memenuhi keperluan semasa peserta. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur antara 6 bulan hingga 54 tahun sahaja.

pelan ini menberi jaminan manfaat perolehan setiap 3 tahun (anggaran 10% dari amaun perlindungan atas andaian pulangan pelaburan sebanyak 4 % keatas akaun peserta).

kadar pulangan yang lebih tinggi atau rendah akan mengubah jumlah jumlah pembayaran ini

peserta yang menyertai pelan ini mendapat manfaat perlindungan bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil walaupun manfaat perolehan sudah di bayar.

MANFAAT KHAS

perolehan setiap 3 tahun (survival)
Jaminan manfaat berjadual setiap tiga tahun, sehingga tamat tempoh plan,10% dari nilai amaun perlindungan dibayar atas andaian pulangan pelaburan sebanyak 4% keatas akaun khas peserta,

kematangan
semasa tamat tempoh kontrak yang disertai.

keilatan kekal menyeluruh (sehingga umur 65 tahun)

kematian
kematian termasuk atas sebab penyakit atau kemalangan

PERATURAN PENGUNDERAITAN

•Had umur penyertaan
•Minimun 6 bulan (tarikh lahir akan datang)
•Maksima 54 tahun (tarikh lahir akan datang)
•Tempoh sijil
•18, 21, 24, 27, dan 30 tahun

•Umur matang maksimum
•84 tahun
•Tempoh sumbangan
•Selaras dengan tempoh sijil
•Amaun sumbangan
•Minimum RM 1200.00 setahun
•Maksima tiada had
•Perlindungan minimum
•RM 10,000
•Lat sumbangan
•Tahunan, setengah tahunan, suku tahunan dan bulanan
PEMBAYARAN MANFAAT

Manfaat Kematian


Manfaat Kematian Akibat Penyakit

jumlah amaun perlindungan tanpa menolak manfaat perolehan yang sudah dibayar beserta jumlah akuan peserta terkumpul dan mudarabah dari akaun peserta.

Manfaat Kematian Akibat Kemalangan


Sama seperti Kematian Biasa

Manfaat Perolehan


Pembayaran berjadual, 10% dari nilai amaun perlindungan di bayar setiap tiga tahun sehingga tamat tempoh pelan, dan baki selebihnya di bayar apabila sijil matang.


Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh

Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat penyakit (Sebelum umur 65 tahun)


Tahun Pertama : 20% dari jumlah amaun perlindungan tanpa menolak manfaat survival yang sudah dibayar. beserta jumlah akaun peserta terkumpul dan mudarabah dari akaun peserta.


Tahun Kedua : 40% dari Amaun Perlindungan
Tahun Ketiga : 40% dari Amaun Perlindungan


Perunding Takaful
NAZIR LODIN 0162254221
ETIQA TAKAFUL
ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Apakah perancangan anda untuk jaminan diri dan keluarga tersayang?
Adakah simpanan anda mencukupi jika sesuatu musibah menimpa ke atas anda untuk menampung kos rawatan, sara hidup dan pendidikan anak.

Saya menawarkan pelan simpanan dan perlindungan komprehensif yang berlandaskan syariah.

> Tabung khairat kematian / hilang upaya kekal
> Elaun Harian Hospital
> Pampasan Kemalangan Diri (24 jam seluruh dunia)
> Pampasan Penyakit Kritikal
> Tabung Pendidikan Anak
> Simpanan untuk Persaraan
> Jaminan Haji dan Umrah
> Tabung Kecemasan

Keistimewaan lain yang bakal anda perolehi :-

* Kemudahan pengeluaran tahunan tanpa RIBA
* Pengiktirafan Majlis Pengawasan Syariah
* Perlepasan cukai pendapatan
* Perkongsian untung (Mudharabah 80:20)
* Zakat dibayar sepanjang tempoh simpanan
* Amal Jariah
* Muamalah Islam

Ingin keterangan lanjut ? Sila hubungi /SMS:-

Perunding Takaful
NAZIR LODIN 0162254221
ETIQA TAKAFUL


Perbezaan Insurans Takaful & Konvensional.
April 22, 2009
Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang.?
Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu’awadah Maliah’ yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru’at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.

Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.
Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-

• a) Tabarru’ dan Mudarabah
• b) Wakalah dan Tabarru.

1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru’

Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju’alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.

2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah

Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru’, pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.
Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru’) atau (wakalah).
Konvensional
Takaful

Kontrak Mu’awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankan
Kontrak Tabbaru’ ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.

Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran
Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.

Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham)
* Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.


* Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.

Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah
Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.

Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan.
Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali

Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran.
Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.

Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari ‘surplus’
Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.

Ingin keterangan lanjut ? Sila hubungi /SMS:-

Perunding Takaful
NAZIR LODIN 0162254221
ETIQA TAKAFUL

Friday, November 5, 2010

CONTOH PENGIRAAN

Contoh peserta Etiqa Takaful : Produk MESRAPosted: Terdahulu, Perlindungan Takaful
Tags: etiqa, keuntungan, majlis penasihat syariah, pengurusan kewangan, takaful etiqa, pelaburan 2Assalamualaikum..


Bagi yang mempunyai majikan, sudah pasti tidak sabar untuk mendapat gaji pada bulan ini. Mungkin pada bulan ini anda nekad untuk mula menyimpan sejumlah wang untuk masa depan secara berdisiplin di Bank. Berapakah anda mampu untuk menyimpan sebulan ? Adakah anda yakin anda tidak akan mengeluarkan simpanan tersebut ketika kecemasan seperti kemalangan atau penyakit ? “Ya, saya terpaksa keluarkan simpanan ini, kerana ini sahaja sumber kewangan yang saya ada untuk menampung kos rawatan tersebut”… Adakah perkara ini sering terjadi kepada anda ?


Masihkah anda ingat pada matlamat asal simpanan anda ?? Bukankah ia untuk masa depan anda atau pendapatan selepas bersara kelak ? keadaan ini akan menjejaskan matlamat simpanan sebenar & terpaksa memulakan langkah baru untuk membuat simpanan semula. Percaya atau tidak ? Inilah punca kebanyakan orang kita..khususnya Melayu, terpaksa bekerja pada usia tua kerana tidak mempunyai simpanan yang banyak. Tidak mustahil juga, kerana kurangnya wang simpanan, apabila tiba saat kecemasan, segelintirnya terpaksa meminjam wang “Along” bagi membiayai kos perubatan di hospital. Tiada cara lain kerana kemalangan, penyakit tidak menanti anda cukup wang untuk menampung kos perubatan. Semakin lama rawatan ditangguh, anda semakin berisiko!


Berapa jumlah wang dari gaji yang perlu saya simpan ?

Hanya 10% sahaja dari pendapatan anda. Atleast, RM100 sebulan. Saya pasti, anda sangat mampu untuk membuat simpanan ini. Jadi, apa tunggu lagi ? Rebut peluang ini SEKARANG JUGA..


“Jadi, bagaimana saya hendak membiayai kos perubatan saya & dalam masa yang sama dapat membuat simpanan ?”

Ya, sudah tentu boleh, Takaful adalah penyelesaianya. Saya yakin anda juga percaya terhadap Qada’ & Qadar.. Namun, sekadar mempercayainya tidak mencukupi, kita mesti bersedia menghadapinya. Kerana itulah pepatah melayu sering mengingatkan kita “Sediakan payung sebelum hujan” . Jika anda baru membuat simpanan RM100 di dalam Bank pada hari ini & tanpa diduga kemalangan menimpa dalam perjalanan pulang contohnya dari tempat kerja, berapakah wang simpanan anda di bank ? RM 100?? Adakah mencukupi untuk membiayai segala kos perubatan anda ?

Untuk kemalangan, Takaful akan membayar pampasan SERTA MERTA!!!

Sudah pasti ianya tidak mencukupi untuk membiayai kos perubatan kemalangan. Jika anda membuat simpanan di takaful serendah RM100 sebulan sama seperti anda membuat simpanan di Bank tadi, Apa Etiqa Takaful berikan untuk anda ??

Kita lihat contoh ini :

Katakan umur anda 30 tahun & mengambil polisi selama 30 tahun, sebanyak RM100 sebulan ;

Jika anda ditimpa musibah atau kecacatan kekal tanpa kemalangan, anda akan dibayar pampasan sebanyak RM55,000 !!!


Jika anda ditimpa musibah atau kecacatan kekal dengan kemalangan, anda atau waris akan dibayar pampasan sebanyak RM80,000 !!!


Dengan membuat simpanan sebanyak RM100 sebulan juga, jika berlaku kemalangan, takaful akan memberi bantuan kewangan sehingga RM25,000 !!!

Jika anda menghidapi penyakit kritikal pula, anda akan dibayar pampasan sebanyak RM24,000 !!!

Jika anda dimasukkan ke wad mana-mana hospital pula, anda akan mendapat Elaun Hospital sebanyak RM 60 sehari. Jika anda berada di hospital 10 hari ? YA!! RM 600 anda akan dapat !!!

Bagaimana pula dengan simpanan anda ? simpanan anda apabila matang atau mencapai umur 60 tahun, simpanan anda adalah sebanyak RM 32,000 !!!

PERCUMA!!! Khairat Kematian RM 1000

Lebih banyak anda menyimpan, Lebih tinggi Bantuan Kewangan yang anda DAPAT.


Jika anda lihat contoh di atas, adakah anda masih tidak berasa untung… Lihatlah betapa besarnya nilai RM 100 anda itu jika disimpan bersama takaful. Bagaimana anda menilai kesihatan anda ? Nyawa anda ? Bukan sahaja anda mempunyai simpanan malah anda dilindungi dari segi kewangan jika berlaku musibah, penyakit, kemalangan ke atas diri anda.. Walaupun semua tuntutan tersebut dibuat, Simpanan anda apabila matang, tetap akan diberikan sebanyak RM 32,000 !!!

Bagaimana bantuan sebanyak itu saya boleh terima ?

Bukankah saya baru sahaja membuat simpanan beberapa bulan ??

Bantuan Kewangan itu adalah dari sumbangan peserta-peserta yang lain sebagaimana wang anda juga akan disumbangkan kepada peserta yang memerlukan. Ini kerana konsep Takaful adalah saling bantu-membantu di antara peserta. Hari ini mungkin mereka mengalami nasib malang, Esok ? Siapa tahu.. mungkin anda memerlukannya..

Bagaimana pula simpanan saya tidak terjejas sedangkan wang simpanan tadi saya sumbangkan pada orang lain & saya telah membuat tuntutan ?


Sebenarnya.. sebahagian wang simpanan anda dimasukkan kedalam Tabung Khas Peserta iaitu tabung bantuan untuk peserta yang memerlukan & sebahagian wang simpanan anda atau digelar Tabung Peserta akan dilaburkan ke tempat-tempat yang diluluskan oleh Majlis Penasihat Syariah. Keuntungan dari pelaburan itu akan dimasukkan ke dalam simpanan anda dalam bentuk dividen setiap tahun.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila kemukakan Saya akan hantar Quotation percuma terus ke email anda.

maklumat ETIQA



* MAKLUMAT TAMBAHAN:- Keperluan insurans/takaful dalam kehidupan.


Berdasarkan kepada kajian yg dibuat oleh Life Insurance Malaysia Research Association (LIMRA), sepanjang hayat manusia, seseorang itu memerlukan sebanyak 7 polisi sepanjang hayatnya. Ia meliputi aspek untuk perlindungan, kesihatan, pelaburan, pendidikan dan juga simpanan.

Populasi yang mempunyai perlindungan insurans di Malaysia hanya 25% daripada 26 juta rakyatnya (yang kebanyakan dari kaum bukan-bumiputra). Berdasarkan jumlah ini, boleh dikatakan kesedaran terhadap keperluan serta kepentingan insurans/takaful di Malaysia masih rendah. Di Singapura sebanyak 100% yang memiliki polisi, secara purata 1 orang 1 polisi dan Jepun sebanyak 150%, iaitu 1 orang memiliki lebih daripada satu polisi.

Bagi muslim, ulama telah menghasilkan takaful sebagai alternatif untuk insurans konvensional. Ini bagi mengelakkan unsur-unsur yang tidak halal dalam insurans. Al-Takaful adalah dari perkataan Arab Kafala yg bermaksud UNTUK MEMBANTU atau MENJAMIN. Maka ETIQA TAKAFUL adalah hasil usaha-sama dan MAYBANK BHD






Kelebihan Etiqa Takaful
ETIQA TAKAFUL menawarkan pelan simpanan dan perlindungan komprehensif yg berlandaskan syariah,

1. Tabung Khairat kematian / hilang upaya kekal.

2. Elaun harian hospital (hospital swasta @ kerajaan).

3. Pampasan penyakit kritikal (36 jenis penyakit kritikal)

4. Pampasan kemalangan diri (24 jam seluruh dunia)

5. Manfaat rider bertempoh

6. Manfaat pembayar (khas untuk plan pendidikan)

7. Manfaat tabung saraan /biasiswa (khas untuk plan pendidikan)

8. Manfaat anugerah intelek (khas untuk pelan pendidikan)

9. Manfaat simpanan tempoh matang.

10. Manfaat cuti sakit akibat kemalangan.(MC)

11. Manfaat pengurusan jenazah

12. Jaminan Haji & Umrah.


Keistimewaan lain yang bakal anda perolehi;

1. Kemudahan pengeluaran tahunan tanpa riba

2. Pelepasan cukai pendapatan.

3. Perkongsian untung (mudharabah 80:20)

4. Zakat dibayar sepanjang tempoh simpanan.

5. Amal Jariah

6. Muamalat Islam.





ETIQA MESRA Pengenalan

PENGENALAN PELAN

Merupakan pelan takaful keluarga yang menawarkan perlindungan serta simpanan untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur antara 6 bulan hingga 60 tahun sahaja.

Peserta yang mempunyai pelan ini akan mendapat manfaat bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh disepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil.

MANFAAT ASAS
1. Kematangan
Semasa tamat tempoh kontrak yang disertai

2. Keilatan kekal menyeluruh (sehingga umur 65 tahun)
i. Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau menjalankan sebarang kerja untuk mendapatkan upah, pampas an atau untung, dengan syarat keilatan tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang ganguan untuk tempoh tidak kurang dari 6 bulan.
ii. Hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan; atau hilang /putus kedua belah kaki pada/atas buku lali, hilang/putus satu tangan pada /atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilang/putus keseluruhan lengan/kaki pada/ atas pergelangan tangan atau buku lali.

Untuk pelan juvana, hanya (ii) sahaja terpakai.

3. Kematian
Termasuk kematian atas sebab penyakit atau kemalangan.

CIRI-CIRI PELAN
• Perlindungan berserta simpanan
• Perlindungan boleh disertai seawal umur 6 bulan
• Penyertaan boleh bermula selewaEtiqaya umur 60 tahun
• Perlindungan keilatan kekal menyeluruh sehingga umur 65 tahun sahaja atau menurut tempoh pelan asas (yang mana terdahulu)
• Peruntukan bukan lucuthak melalui sumbangan otomatik (non-forfeiture option in aotomatik contribution)
• Tiada Lien untuk juvana
• Manfaat kematian dan keilatan kekal menyeluruh adalah disertakan dalam pelan


PERATURAN PENGUNDERAITAN
•Had Umur Penyertaan - Minimum 6 bulan (Tarikh lahir akan dating)
•Maksimun 60 tahun (Tarikh lahir akan datang)
•Tempoh sijil - Minimum 5 tahun
•Maksimum 79 tahun
•Umur matang - Maksimum 80 tahun
•Tempoh Sumbangan - Selaras dengan tempoh sijil
•Amaun sumbangan - Minimum RM600.00 setahun
•Maksimum tiada had
•Perlindungan Minimum - RM10,000.00
•Perlindungan Maksimum- Dewasa – Tertakluk kepada pengunderaitan manakala Juvana – RM200,000- jumlah keseluruhan termasuk semua pelan asas dan rider bertempoh sahaja.

Aliran Sumbangan -
Tahun Akaun Peserta Akaun Khas Peserta

1 0% 100%
2 10% 90%
3 50%
4 75% 25%

Nilai Tunai Sijil - Jumlah akaun Peserta Terkumpul
Lat Sumbangan - Tahunan , Setengah tahunan, Suku Tahunan dan bulanan


PEMBAYARAN MANFAAT
1. MANFAAT KEMATIAN

i. Manfaat kematian biasa
Amaun Perlindungan + Jumlah Akaun Peserta + Mudharabah dari Akaun
Peserta
ii. Manfaat Kematian akibat kemalangan
sama seperti kematian biasa

2. MANFAAT KEILATAN KEKAL MENYELURUH

i. Manfaat keilatan kekal menyeluruh akibat penyakit (sebelum umur 65 tahun)


•Tahun Pertama 10% dari Amaun Perlindungan + Jumlah Akaun Peserta+ Mudharabah dari Akaun Peserta

•Tahun Kedua 10% dari Amaun Perlindungan
•Tahun Ketiga 10% dari Amaun Perlindungan
•Tahun Keempat 10% dari Amaun Perlindungan
•Tahun Kelima 60% dari Amaun Perlindungan
Bayaran sumbangan dikecualikan sementara manfaat keilatan dilunaskan keseluruhannya

ii. Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat kemalangan (sebelum umur 65 tahun)
Sama seperti keilatan kekal menyeluruh akibat sebab biasa.

iii.Manfaat Keilatan Kekal Menyeluruh akibat penyakit atau kemalangan ( selepas
umur 65 tahun)

Tiada Manfaat dibayar

3.MANFAAT KEMATANGAN
Akaun Peserta + Mudharabah dari Akaun Peserta + Lebihan dari Akaun Khas Peserta

PENGIRAAN SUMBANGAN
Sumbangan Pelan Asas tahunan - Jumlah perlindungan x Kadar sumbangan 1000

CONTOH PENGIRAAN
Andaian - Umur pada tarikh lahir akan datang - 35 tahun
Tempoh Sijill - 30 tahun
Kadar sumbangan - 26.80
Jumlah perlindungan - RM100,000.00
Sumbangan Tahunan – RM100,000.00 x 26.80 / 1000 = RM2,680.00
Mod bayaran - 12 bulan (Bulanan)
Sumbangan Bulanan - RM223.33

RIDER TAMBAHAN

1.Rider bertempoh
Term Rider
Ditawarkan kepada Peserta dewasa( 18-60 tahun) dan juvana( 6 bulan-17 tahun)

2.Manfaat kematian & keilatan akibat kemalangan
Accidental Death & Disability Benefit(ADDB)
Ditawarkan kepada peserta dewasa (18-60 tahun) dan juvana (6 bulan-17 tahun)

3. Manfaat Idemniti kemalangan
Accidental Indemnity Rider (AIR)
Ditawarkan kepada peserta dewasa (18-55 tahun) sahaja

4.Manfaat Hospital
Hospital Benefit(HB)
Ditawarkan kepada peserta dewasa (18-55 tahun) dan juvana (6 bulan-17 tahun)

5.Penyakit kritikal
Critical Illness (CI)
Ditawarkan kepada peserta dewasa (18-55 tahun) sahaja

6. Manfaat Pembayar Untuk Pelan Juvana
Payor Benefit For Juvenile (PB)
Ditawarkan kepada peserta dewasa (18-55 tahun) sahaja